Monday, December 10, 2018

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN


Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif  dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus rutin bilik darjah, pengurus murid-murid  utk PdP termasuk disiplin, mengurus ABM dan aktiviti PdP supaya dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

Pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengurusan bilik darjah
i. Pendekatan Authoritarian
Ø Peranan guru dalam pendekatan authoritarian adalah mewujud dan mengekalkan peraturan bilik 
darjah dengan menggunakan strategi-strategi kawalan. 
Ø 6 strategi utama : 
• Mewujudkan dan menguatkuasakan peraturan 
• Mengeluarkan arahan atau suruhan 
• Peringatan atau teguran lembut 
• Mendiamkan diri, menghampiri murid 
• Pemisahan dan pengasingan 

ii.   Pendekatan Instruksional
Ø Fokus utama bagi guru yang mengamalkan pendekatan instruksional adalah untuk “mewujudkan
 pengajaran yang baik dan menarik”. 
Ø 9 strategi utama yang disarankan: 
• Menyediakan bahan dan cara penyampaian yang menarik, sesuai dan wajar 
• Menetapkan standard, prosedur dan rutin kelas 
• Memberi arahan yang jelas 
• Mengekalkan kelancaran pengajaran 
• Meningkatkan minat 
• Membantu menenpuh kesukaran dan kebuntuan 
• Merancang untuk perubahan persekitaran 
• Merancang dan mengubahsuai persekitaran 
• Menstrukturkan semula situasi.

iii.  Pendekatan Buku Resipi
Ø Peranan guru adalah dengan mendapatkan petua-petua atau nasihat daripada guru yang lebih 
berpengalaman yang pernah mengalami masalah perlakuan murid yang hampir sama.
Ø 4 strategi: 
• 10 tip pengurusan bilik darjah 
• Petua mengawal murid yang nakal
 • 4 teknik kawalan perlakuan murid 
• 10 rahsia pengurusan disiplin murid. 

 Tip pengurusan bilik darjah
 Memaklumkan murid mengenai peraturan bilik darjah pada hari pertama
 persekolahan.
• Memberi peluang kepada murid membuat peraturan sendiri dan menyenaraikan  
 konsekuens melanggarnya 
• Mempertimbangkan cara memberi ganjaran kepada murid 
• Menunaikan janji yang diberikan 
• Menyusun atur semula kedudukan murid dari semasa ke semasa bagi mengasingkan  
 pasangan murid yang bercakap atau menganggu kelas. 
• Menegur dengan memanggil nama murid dengan soapan dan tegas 
• Menggunakan suara yang lembut tanpa menjerit atau memekik untuk mendapat  
 perhatian murid. 
• Elakkan berdiri di satu-satu tempat 
• Aktiviti regangan otot perlu diadakan dari semasa ke semasa. 
• Berada di hadapan atau sisi murid yang suka menganggu kelas atau membuat kontak  
 mata dengan mereka.

KESIMPULAN
Sebagai seorang insan bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan  pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya kita dapat membina organisasi di dalam  kelas dengan baik. Guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Penting untuk seseorang guru mengetahui latar belakang dan minat pelajar agar pdp yang disampaikan berkesan.

RUJUKAN
https://www.slideshare.net/izyannadia/pengurusan-bilik-darjah-54607411


Saturday, December 8, 2018

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN

KONSEP PENGAJARAN
Proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklum balas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tertentu kepada pelajar. Guru (pengajaran) memindahkan ilmu kepada pelajar (pembelajaran).
Proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Tujuan merancang suatu pengajaran:
a)Memenuhi masa yang diperuntukkan.
b)Menepati kehendak objektif
c)Berkesan sepanjang waktu pengajaran
d)Menarik perhatian dan tidak membosankan

BUKU REKOD MENGAJAR
• Semua guru diwajibkan mencatat semua aktiviti kerja mereka dalam buklu rekod mengajar.
• Buku tersebut menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar.
• Dalam buku rekod mengajar wajib ada:
   -Rancangan pelajaran harian dan rancangan pelajaran tahunan


 KESIMPULAN 
Secara keseluruhan, guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran demi meningkatkan prestasi mereka. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan kajian tindakan terhadap keberkesanan aktiviti P&P. Olehitu, tenaga pengajar mestilah mengambil berat berkaitan pengurusan dalam pembelajaran murid.

RUJUKAN
https://www.scribd.com/document/393371415/Pengurusan-Pembelajaran-Kps-Bab-1-14

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN
Definisi sekolah
Ø Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat  penyebaran ilmu untuk mendidik anak.
Ø Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah  tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu  dalam  mata pelajaran lain.

Definisi Persekitaran
Ø Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk
    kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.  Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak  belajar tentang perlakuan masyarakatnya  dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya  ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
  • Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa.
  • Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.
  • Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah
  • Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar pelajar.


HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA (PIBG)
  • Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
  • Membantu dalam memajukan perkembangan murid
  • Menjaga kebajikan murid
  • Menambah sumber kewangan sekolah
  • Meningkatkan keceriaan premis sekolah
  • Menjayakan aktiviti dan program pendidikan 

PERANAN IBU BAPA
  • Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan  kepakaran
  • Membantu mem banteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah
  • Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid


CABARAN YANG DIHADAPI
  • Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan  yang dianggap membebankan ibubapa
  • Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidi kanak-kanak sepenuhnya kepada guru
  • Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah 
  • Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindaka ndisiplin terhadap anak-anak mereka

RUJUKAN


https://www.scribd.com/document/393371415/Pengurusan-Pembelajaran-Kps-Bab-1-14

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengenalan 
Ø Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi  ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar. 
Ø Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil  tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pemulihan 
Ø Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan  pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.
Ø Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).
Ø PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.



Pengayaan 
Ø Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.
Ø Ia adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas, mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pegetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang  dipelajari

Pelbagai kecerdasan
Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.

Bekeperluan khas
Dua kategori:
i. Pelajar bermasalah pembelajaran
Ø kesulitan dalam akademik
Ø ketidakaturan dalam bahasa dan pertuturan 
Ø kesulitan dalam proses pemikiran

ii.  Pelajar pintar cergas
Ø Murid yang dikenal pasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal 
    berbanding murid yang sebaya.

Tugas dan tanggungjawab guru pemulihan khas
i. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang  terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6
ii. Membantu guru-guru lain dalam mengenalpasti murid-murid bermasalah menguasai  kemahiran asas 3M 
iii. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa murid, pegawai perubatan, pegawai kebajikan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M. 
iv. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid kelas pemulihan dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang, dan laporan kesihatan



Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan  yang sesuai, kerja kognitif yangberpatutan. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-25 murid, masa diingatkanuntuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai dan peningkatan masa pengajaran
guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran. 

Rujukan 

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pengenalan
Adalah satu kaedah menyusun dan merancang kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai bangsadan budaya. Adalah penting dalam mengurus sekolah pelbagai budaya kerana pengurusan dapat memberi implikasi kepada semua kakitangan di sekolah-sekolah termasuk guru dan pelajar. Budaya yang berbeza di dalam kelas boleh mempengaruhi persekitaran pembelajaran mereka.

Kepelbagaian Kebudayaan Pelajar

Kebudayaan:
Ø Tingkah laku dan kepercayaan ciri kumpulantertentu sosial, etnik, atau umur

Kepelbagaian:
Ø Kualiti yang pelbagai; berbeza.
Ø Pelbagai atau pilihan luas.

Kepelbagaian budaya:
Ø Kepelbagaian budaya dan kebudayaan menunjukkan perbezaan yang wujud di dunia, masyarakat, atau institusi.

Aplikasi di Bilik Darjah
Ø Sebuah bilik darjah adalah terikat untuk mempunyai pelbagai etnik mewujudkan persekitaran 
    pelbagai budaya.
Ø Guru mesti belajar tentang etnik mendominasi untuk menampung keperluan pelajar dan pembelajaran kebolehan  kebolehan.
Ø Harus memberi tumpuan kepada nilai dan, kepercayaan dan cuba untuk menggabungkan pengetahuan  itu.
Ø Boleh membantu pelajar untuk berasa lebih selesa dalam bilik darjah kerana budaya mereka telah diakui.


Kepelbagaian Budaya dalam Terma Pengurusan Bilik Darjah
Ø Guru perlu mewujudkan semangat kemasyarakatan dalam kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan dan tingkah laku mereka.
Ø Pertimbangan dan penginapan perlu dibuat bangunan dan di peringkat daerah untuk memastikan terdapat  harapan yang jelas dan saksama untuk semua pelajar.
Ø Guru perlu untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan responsif untuk semua ahli-ahli komuniti bilik darjah menggunakan pengetahuan dari dua bidang tradisinya diskret. 
   -Ketua pendidikan
   -Pendidikan khas (pendidikan pelajar-pelajar dengan keperluan khas dalam cara  
   yang menangani perbezaan individu dan keperluan pelajar)

Isu Kepelbagaian Budaya

Kes 1: Isu Pergaduhan diantara Pelajar Melayu dengan Pelajar India
Ø Isu rusuhan kaum sering berlaku di sekolah,tetapi jarang mendapat perhatian kerana ia dianggap sebagai  kes terpencil. Walaubagaimanapun, jika ia dibenarkan untuk meneruskan, ia akan berkembang menjadi sindrom yang menyebabkan mereka membesar dengan rasisme sebagai  satu insiden terbaru di SMK Taman Sri Muda, ShahAlam.
Ø Pengerusi persatuan ibu bapa dan guru SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, Anita Atan hari ini menafikan  elemen kaum menyebabkan pergaduhan yang berlaku di sekolah.
Ø Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah satu tuntutan yang dibuat oleh bapa salah seorang pelajar yang  berkata perjuangan adalah kerana isu kaum.
Ø Apabila ditanya, Anita juga berkata bahawa perjuangan tidak dicetuskan oleh perbuatan perkataan 
     antara pelajar.
Ø Mengulas bahawa pelajar yang melibatkan bapa-bapa mereka., Stephen Perumal Velu  dalam laporan sebuah laman web Percuma Hari ini Malaysia yang mengatakan, perang itu disebabkan  oleh tindakan memanggil sekumpulan pelajar pelajar India di sekolahdengan kata-kata penghinaan itu didakwa.


Kesimpulan 
Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah- laku dan cara berfikir seseorang  dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan  peribadi.

Rujukan

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengenalan 
Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. 

Definisi Bimbingan
Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dan panduan untuk mengatasi masalah. Sebagai contoh apabila seseorang itu memberi penerangan dan bantuan untuk mengubah 
sikap pelajar. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan,dan memperbaiki sikap dan tingkah laku  dalam aspek- aspek tertentu.

Definisi Penasihatan
Penasihatan bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk 
lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. 

Definisi Mentoring
Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan diri mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab yakin dan berdaya saing.

Ciri-ciri Bimbingan
Ø Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. 
Ø Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
Ø  Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. 
Ø Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. 
Ø Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat. 
Ø Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru 
    pembimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. 

Ciri-ciri Penasihatan
Ø Tumpuan lebih luas dan mendalam. 
Ø  Matlamat adalah bagi membantu seseorang memahami punca-punca masalah atau isu-isu pada kerjaya.
Ø Jangka masa lebih pendek, tetapi boleh kekal untuk tempoh masa lebih panjang disebabkan masalah  satu- satu isu. 
Ø  Penasihatan boleh digunakan untuk tujuan psiko sosial serta isu-isu penambahbaikan. 
Ø Agenda perjumpaan umumnya dipersetujui oleh individu- individu dan penasihat.
Ø Individu lain jarang sekali terlibat

Ciri-ciri Mentoring
Ø Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.
Ø  Boleh jadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan. 
Ø Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas.
Ø Mentor biasanya adalah lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada 'mentee'.
Ø Fokus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi. 
Ø Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.
Ø Membimbing untuk menyelesaikan masaalah berkaitan mentee.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk  membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar.

Rujukan 
pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-kepimpinan-guru-tugasan-
kumpulan-sem-1uthm

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengenalan
Definisi
Pengurusan Tingkah Laku
Ø Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku 
juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang
dilakukan  sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Ø Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU

i. Tingkah laku positif 
Ø Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah 
  laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
  pembelajaran.

ii.  Tingkah laku negatif 
Ø Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran 
    dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering 
    memberontak dalam kelas.


DISIPLIN
Ø Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihanuntuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan sertaberakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.

BENTUK DISIPLIN
Ø Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar.
•  Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan        
   formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan 
   kesejahteraan hidup seharian.
Ø Disiplin instrinsik atau kendiri adalah disiplin yang lahir daripada dalam individu.
•  Disiplin jenis merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama 
   dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.

PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Jenis-jenis Devian:

1. Inovasi
Ø Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah
Contoh: Pelajar meniru dalam peperiksaan untuk dapatkan markah yang tinggi

2. Ritual
Ø Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan
Contoh: Pelajar mengulang-ulang tingkah laku kecewa dengan sesuatu

3. Undur
Ø Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan  alternatif lain 
Contoh: Pelajar ponteng sekolah kerana kecewa dengan pelajarannya

4. Menentang
Ø Menolak matlamat persekolahan dengan menggantikan dengan matlamat lain seperti mencuri.
Cara menangani devian pelajar
Ø Pastikan kebenaran salah laku yang dilakukan pelajar. 
Ø Buat siasatan sebagai bukti pelajar melakukan kesalahan.
Ø Kuatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan salah laku pelajar di sekolah
Ø Guru kelas dan pihak pentadbiran perlu bagi tumpuan khusus kepada pelajar yang melakukan 
     devian.
Ø Kenakan hukuman yang adil, memberikan pengajaran kepada pelajar dan tidak merugikan pelajar.
Ø Maklumkan kepada ibu bapa berkaitan perilaku devian pelajar.
Ø Rekod kesalahan pelajar dan maklumkan kes-kes serius kepada PPD

Kesimpulan 
Disiplin murid merupakan aspek yang sangat ditekankan dan diberi perhatian oleh Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM). Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas, terdapat banyak langkah-langkah dan peraturan disiplin yang telah dinyatakan oleh KPM bagi memastikan kelancaran pengurusan disiplin di sekolah. Guru perlu bijak dalam menangani murid yang melakukan devian atau masalah disiplin.

Rujukan
https://www.scribd.com/presentation/393378177/Folio-Kps-Bab-9-12-Dan-14

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...