Monday, December 3, 2018

BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

PENGENALAN

Pengurusan bermaksud proses merancang, pengorganisasian, memimpin dan mengawal usaha-usaha ahli organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.  

KONSEP PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR 

Di dalam sesebuah bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.Menurut Noradanisha (2012) maksud pengurusan ialah seni bagi melaksanakan proses kerja yang  terancang  dan dilaksanakan secara bersisitematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan  juga ditakrifkan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. (Follet, 2012). Umumnya, pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan serta penambahbaikan
Pembelajaran pula bermaksud proses perubahan perilaku berkat pengalaman dan latihan (Djamarah dan Zain, 2011). Manakala menurut Sardiman (2011), pembelajaran adalah kegiatan jiwa raga untuk menuju ke perkembangan peribadi manusia seutuhnya. Secara amnya pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Pengurusan pembelajaran  pelajar adalah berkaitan dengan aspek-aspek merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, melaksanakan pengajaran seperti yang telah dirancang, menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dn pembelajaran dan membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan.   

PERSPEKTIF MULTIDISIPLIN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Perspektif multidisiplin bermaksud langkah-langkah mengurus sesuatu proses pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran. Di dalam sesebuah bilik darjah, pasti akan berlakunya masalah disiplin murid sama ada masalah disiplin ringan, sederhana mahupun teruk. Antara masalah disiplin yang sering berlaku dalam bilik darjah ialah murid akan tidur semasa guru  sedang mengajar, ada murid yang ponteng kelas, melakukan vandalisme seperti merosakkan kerusi meja dalam bilik darjah. Masalah yang berlaku ini akan menganggu kelancaran guru dan menganggu hak murid-murid yang lain untuk belajar. 

KAEDAH PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR



CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PENGURUS P&P



KESIMPULAN
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Seterusnya, pembelajaran ialah proses perubahan struktur proses mental yang membina keupayaan  tingkah laku yang berbeza manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran  pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar dan perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Selain itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling, sistematik dalam merancang dan menilai, penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar berkesan.  

RUJUKAN



No comments:

Post a Comment

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...