Saturday, December 8, 2018

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengenalan 
Ø Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi  ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar. 
Ø Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil  tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pemulihan 
Ø Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan  pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.
Ø Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).
Ø PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.



Pengayaan 
Ø Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.
Ø Ia adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas, mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pegetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang  dipelajari

Pelbagai kecerdasan
Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.

Bekeperluan khas
Dua kategori:
i. Pelajar bermasalah pembelajaran
Ø kesulitan dalam akademik
Ø ketidakaturan dalam bahasa dan pertuturan 
Ø kesulitan dalam proses pemikiran

ii.  Pelajar pintar cergas
Ø Murid yang dikenal pasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal 
    berbanding murid yang sebaya.

Tugas dan tanggungjawab guru pemulihan khas
i. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang  terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6
ii. Membantu guru-guru lain dalam mengenalpasti murid-murid bermasalah menguasai  kemahiran asas 3M 
iii. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa murid, pegawai perubatan, pegawai kebajikan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M. 
iv. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid kelas pemulihan dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang, dan laporan kesihatan



Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan  yang sesuai, kerja kognitif yangberpatutan. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-25 murid, masa diingatkanuntuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai dan peningkatan masa pengajaran
guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran. 

Rujukan 

No comments:

Post a Comment

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...