Tuesday, December 4, 2018

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

PENGENALAN


Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah. Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan susana kondusif. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi dan membimbing sesorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni tersendiri. Robert Kreither mentakrifkan  kepimpinan sebagai keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam mengerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan atau kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.  

DEFINISI ORGANISASI

Proses yang menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke arah suatu matlamat yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik adalah mempunyai syarat-syarat tertentu seperti adil, mempunyai ilmu pengetahuan, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai kemampuan berfikir, keberanian dan berketurunan mulia. Menurut Kamus Dewan (1994), definisi kepimpinan ialah keupayaan seseorang itu memimpin. Daripada sudut sejarah pula, kepimpinan itu digambarkan sebagai amat penting dan wujud dalam mana-mana jua syarat, baik masyarakat kecil ataupun besar.   

DEFINISI KEPEMIMPINAN

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Kepimpinan sebagi fenomena manusia yang universal dan sukar difahami. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Organisasi sebagai proses interaksi antara orang yang ada di dalam organisasi itu. Interaksi yang terjadi di dalam organisasi dapat berlangsung secara formal (hubungan-hubungan formal) dan secara informal. 

GAYA KEPEMIMPINAN

Ryska (2002) menyatakan bahawa gaya kepimpinan banyak mempengaruhi tingkah laku pekerja dalam melaksanakan kerjanya. Pernyataan ini disokong oleh Fiedler (1996) yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan seseorang pemimpin merupakan satu daya tarikan kepada pekerja untuk terus bekerja dalam mencapai visi organisasi. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah tertakluk kepada keberkesanan kemahiran pemimpin subordinat.  

KEPEMIMPINAN AUTOKRATIK 

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.

KEPEMIMPINAN BERPERIKEMANUSIAAN 

Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.  

KEPEMIMPINAN DEMOKRASI

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

KEPEMIMPINAN LAISSEZ-FAIRE (KEBEBASAN) 

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. 

KESIMPULAN 

kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh di mana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan dalam organisasi tidak boleh mencaai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan. 

RUJUKAN

https://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/gaya_kepimpinan.pdf

https://www.slideshare.net/sOursOp_team/kps3014-organisasi-dan-kepimpinan-dalam-unit-             beruniform-kadet-polis-di-sekolah

No comments:

Post a Comment

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...