Saturday, December 8, 2018

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN
Definisi sekolah
Ø Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat  penyebaran ilmu untuk mendidik anak.
Ø Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah  tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu  dalam  mata pelajaran lain.

Definisi Persekitaran
Ø Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk
    kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.  Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak  belajar tentang perlakuan masyarakatnya  dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya  ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
  • Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa.
  • Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.
  • Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah
  • Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar pelajar.


HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA (PIBG)
  • Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
  • Membantu dalam memajukan perkembangan murid
  • Menjaga kebajikan murid
  • Menambah sumber kewangan sekolah
  • Meningkatkan keceriaan premis sekolah
  • Menjayakan aktiviti dan program pendidikan 

PERANAN IBU BAPA
  • Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan  kepakaran
  • Membantu mem banteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah
  • Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid


CABARAN YANG DIHADAPI
  • Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan  yang dianggap membebankan ibubapa
  • Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidi kanak-kanak sepenuhnya kepada guru
  • Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah 
  • Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindaka ndisiplin terhadap anak-anak mereka

RUJUKAN


https://www.scribd.com/document/393371415/Pengurusan-Pembelajaran-Kps-Bab-1-14

No comments:

Post a Comment

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...