PENGENALAN
Melalui topik pengurusan sumber kita akan didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan teknologi maklumat, teknologi pendidikan dan sains perpustakaan. Perkembangan teknologi maklumat & komunikasi semakin mempengaruhi pendidikan masa kini. Pengurusan sumber yang terhasil amat berguna dalam semua aspek kehidupan manusia. Oleh itu, sebagai warga pendidik kita perlu didedahkan kepada pelbagai sumber pendidikan yang melibatkan teknologi baru yang canggih.Pendedahan terhadap pengurusan sumber dapat memberikan bakal guru kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, kita bukan saja dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti dalam pentadbiran sekolah tetapi juga dapat mengintegrasikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Definisi dan konsep pengurusan sumber
Ø Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
Ø Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian.
Ø Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber
yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat.
Ø Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat
penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan
kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-
norma masyarakat.
Peranan Pusat Sumber
Ø Memudahcara perancangan dan perlaksanaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ø Menyedia dan mempromosi bahan bacaan berkualiti supaya murid kekal dan seronok membaca.
Ø Menampung perbezaan dalam gaya P&P melalui penyediaan dan kesaksamaan akses kepada pelbagai bahan,sama ada cetak, bukan cetak dan digital.
Ø Menyediakan guru yang mempunyai akses kepada maklumat kurikulum dan bahan-bahan berkaitan pembangunan profesional di dalam dan di luar sekolah, dan peluang untuk
bekerjasama merancang, melaksana dan menilai program pembelajaran yang mengintegrasikan
sumber.
Matlamat Pengurusan Sumber
Ø Mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran pusat
sumber sekolah.
Ø Memastikan kelancaran pengurusan peminjaman dan pemulangan buku di pusat sumber.
Ø Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu kepada guru dan pelajar.
Ciri-ciri Pembelajaran berasaskan Sumber
Ø Hendaklah lebih flaksibeldalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
Ø Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan mereka.
Ø Aktiviti pembelajaran haruslah memberi penekanan kepada sumber pendidikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia.
Ø Menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi bagi meningkatkan motivasi belajar para pelajar.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber
sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting
dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan
sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi itu.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment