Saturday, December 8, 2018

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengenalan 
Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. 

Definisi Bimbingan
Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dan panduan untuk mengatasi masalah. Sebagai contoh apabila seseorang itu memberi penerangan dan bantuan untuk mengubah 
sikap pelajar. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan,dan memperbaiki sikap dan tingkah laku  dalam aspek- aspek tertentu.

Definisi Penasihatan
Penasihatan bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk 
lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. 

Definisi Mentoring
Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan diri mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab yakin dan berdaya saing.

Ciri-ciri Bimbingan
Ø Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. 
Ø Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
Ø  Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. 
Ø Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. 
Ø Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat. 
Ø Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru 
    pembimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. 

Ciri-ciri Penasihatan
Ø Tumpuan lebih luas dan mendalam. 
Ø  Matlamat adalah bagi membantu seseorang memahami punca-punca masalah atau isu-isu pada kerjaya.
Ø Jangka masa lebih pendek, tetapi boleh kekal untuk tempoh masa lebih panjang disebabkan masalah  satu- satu isu. 
Ø  Penasihatan boleh digunakan untuk tujuan psiko sosial serta isu-isu penambahbaikan. 
Ø Agenda perjumpaan umumnya dipersetujui oleh individu- individu dan penasihat.
Ø Individu lain jarang sekali terlibat

Ciri-ciri Mentoring
Ø Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.
Ø  Boleh jadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan. 
Ø Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas.
Ø Mentor biasanya adalah lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada 'mentee'.
Ø Fokus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi. 
Ø Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.
Ø Membimbing untuk menyelesaikan masaalah berkaitan mentee.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk  membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar.

Rujukan 
pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-kepimpinan-guru-tugasan-
kumpulan-sem-1uthm

No comments:

Post a Comment

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...