PENGENALAN
KONSEP BILIK DARJAH
DAHULU
Ø Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang
guru sudah dianggap satu bilik darjah.
Ø Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.
SEKARANG
Ø Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah.
Ø Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
Ø Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap
bilik darjah.
Ø Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas.
JENIS BILIK DARJAH
Ø Bilik darjah Tradisi
Ø Bilik Darjah Mata Pelajaran pendidikan khas
Ø Bilik darjah terbuka.
INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
KONSEP INTERAKSI
Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak.
Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN
i. Interaksi sehala atau interaksi tradisional
Ø Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas.
Ø Ciri-ciri:
l Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas
l Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
l Murid tidak terlibat dalam P&P secara aktif
ii. Interaksi dua hala antara murid dan guru
Ø Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan @ kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ø Ciri-ciri:
l Aktiviti bercorak aktif
l Perhubungan guru dan pelajar menjadi semakin rapat
l Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta
pendapat.
Iii. Interaksi dua hala antara murid dengan murid
Ø Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran sebagai aktiviti dalam P&P.
Ø Ciri-ciri:
l Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
l Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
l Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
l Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.
Iv. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Ø Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan
kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
Ø Ciri-ciri:
l Komunikasi berkesan berlaku
l Penyertaan aktif murid dalam P&P
l Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P
IKLIM BILIK DARJAH
Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan :
i. SUASANA FIZIKAL BILIK DARJAH
a. Melibatkan unsur fizikal bilik darjah.
b. Menggalak atau menghalang P&P.
c. Guru berperanan menentukan suasana fizikal.
d. Perancangan dan penyusunan ini melibatkan :-
-Mengorganisasi
-Merancang
-Penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya.
ii. SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH
~Guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri.
~Sosiometri :
-Teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar
- Ujian Sosiometri Moreno
- Kegunaan
~Bagi menentukan seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
- Kelemahan
~Perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan yang dianggap pelajar itu sendiri.
~Perhubungan yang mungkin tidak dibalas
~Hubungan sehala
iii. SUASANA EMOSI BILIK DARJAH
Ø Gabungan daripada berbagai-bagai perkara :
a. SUARA
Ø Jelas, terang, semula jadi, tidak tegang dan bercorak perbualan.
Ø Mewujudkan suasana tenang.
Ø Galak wujud interaksi pelajar semasa P & P
Ø Ciri suara yang menimbulkan kesan emosi:
- Kelicinan pertuturan
- Gaya
- Nada
b. KELUCUAN
Ø Mengurangkan suasana emosi yang tegang.
Ø Mempereratkan hubungan yang sedia ada.
Ø Memudahkan pembelajaran.
Ø Memulihkan suasana muram
c. PENGGUNAAN PUJIAN
Ø Pujian yang biasa adalah pujian lisan.
Ø Cara memberi pujian :
- Memuji secara perseorangan atau kumpulan.
- Memuji kerja, sikap,jawapan dan sebagainya
- Memuji di khalayak ramai- bergantung pada situasi.
d. KAWALAN
Ø Teknik yang biasa ialah jenis positif & negatif.
Ø Kawalan positif & formal:-
- Pemberian Markah.
- Menggalakkan persaingan.
Ø Kawalan positif Tidak formal:-
- Melonggarkan Peraturan
- Menggunakan pengajaran ekstrinsik.
Ø Kawalan negatif
- Denda
- Tidak memberi ganjaran
- Sindiran
- Hukuman
- Bangkangan
e. Kepimpinan dan kaedah mengajar
Ø Suasana P&P yang demokratik menggalakkan pelajar bekerjasama.
Ø Akan lebih mementingkan tugasan, menunjukkan inisiatif & bertoleransi.
Ø Guru mempengaruhi pelajar secara tidak langsung :-
-Terima perasaan pelajar tanpa menakutkannya.
- Memuji pelajar.
- Galak mereka guna & terima iden pelajar lain
Ø Guru mempengaruhi pelajar secara langsung:-
-Selalu marah
-Memberi arahan
-Terlalu kritikal.
KESIMPULAN
Pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.
Persediaan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, hamba Allah guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment