Pengenalan
Definisi
Pengurusan Tingkah Laku
Ø Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku
juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Ø Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
JENIS-JENIS TINGKAH LAKU
i. Tingkah laku positif
Ø Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah
laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Tingkah laku negatif
Ø Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering
memberontak dalam kelas.
DISIPLIN
Ø Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihanuntuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan sertaberakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.
BENTUK DISIPLIN
Ø Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar.
• Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan
formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan
kesejahteraan hidup seharian.
Ø Disiplin instrinsik atau kendiri adalah disiplin yang lahir daripada dalam individu.
• Disiplin jenis merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama
dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.
PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Jenis-jenis Devian:
1. Inovasi
Ø Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah
Contoh: Pelajar meniru dalam peperiksaan untuk dapatkan markah yang tinggi
2. Ritual
Ø Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan
Contoh: Pelajar mengulang-ulang tingkah laku kecewa dengan sesuatu
3. Undur
Ø Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain
Contoh: Pelajar ponteng sekolah kerana kecewa dengan pelajarannya
4. Menentang
Ø Menolak matlamat persekolahan dengan menggantikan dengan matlamat lain seperti mencuri.
Cara menangani devian pelajar
Ø Pastikan kebenaran salah laku yang dilakukan pelajar.
Ø Buat siasatan sebagai bukti pelajar melakukan kesalahan.
Ø Kuatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan salah laku pelajar di sekolah
Ø Guru kelas dan pihak pentadbiran perlu bagi tumpuan khusus kepada pelajar yang melakukan
devian.
Ø Kenakan hukuman yang adil, memberikan pengajaran kepada pelajar dan tidak merugikan pelajar.
Ø Maklumkan kepada ibu bapa berkaitan perilaku devian pelajar.
Ø Rekod kesalahan pelajar dan maklumkan kes-kes serius kepada PPD
Kesimpulan
Disiplin murid merupakan aspek yang sangat ditekankan dan diberi perhatian oleh Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM). Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas, terdapat banyak langkah-langkah dan peraturan disiplin yang telah dinyatakan oleh KPM bagi memastikan kelancaran pengurusan disiplin di sekolah. Guru perlu bijak dalam menangani murid yang melakukan devian atau masalah disiplin.
Rujukan
https://www.scribd.com/presentation/393378177/Folio-Kps-Bab-9-12-Dan-14
No comments:
Post a Comment