Tuesday, December 4, 2018

BAB 5: PENGURUSAN MURID

PENGENALAN

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian daripada pentadbiran sekolah yang sangat penting. Hal ini adalah kerana ianya berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan  terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. penting. Selain daripada itu, pengurusan murid haruslah dibuat secara sistematik agar ianya mampu mencapai matlamat dn objektif yang telah dibuat. Oleh sebab itulah wujudnya jawatan Guru Penolong Kanan Hal Murid yang bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan murid daripada pelbagai aspek seperti disiplin, kokurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid. 



MENGURUS REKOD MURID

Definisi
Bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. 

MENGURUS REKOD MURID
Ø Pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah.
Ø Kad 001 pelajar
Ø Profil murid perlu kemas
Ø Perkembangan akdemik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.

Kepentingan Mengurus Rekod
Ø Dapat membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.
Ø Maklumat peribadi murid-murid dapat membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid.
Ø Memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak  muridnya.
Ø Membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya.

KESEDIAAN MURID BELAJAR
Konsep 
Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru.  

Jenis kesediaan belajar
Kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.
i. Kesediaan kognitif
Ø Berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.
Ø Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

ii. Kesediaan afektif 
Ø Merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. 
Ø Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.

iii. Kesediaan psikomotor
Ø Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam 
       seluruh tubuh badan.

MEMOTIVASIKAN MURID
Definisi Motivasi
Ø Motivasi boleh didefinisikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan.
Ø Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan sebagai usaha dan  kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah.

CARA-CARA MEMOTIVASIKAN MURID
i. Teknik intrinsik
Ø Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa  memikirkan ganjaran.
Ø Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses  pembelajaran
Ø Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)  cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu.
Ø Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.  cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik

ii. Teknik ekstrinsik
Ø Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan ssorg untuk melakukan  sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya


KESIMPULAN
Secara konklusinya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi mendapatkan impak yang berjaya  pengurusan murid di sesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan 
dengan penuh  komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti  jawatan tertinggi di sekolah yang  mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri.
                            

RUJUKAN


 

No comments:

Post a Comment

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. ...