Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus rutin bilik darjah, pengurus murid-murid utk PdP termasuk disiplin, mengurus ABM dan aktiviti PdP supaya dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.
Pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengurusan bilik darjah
i. Pendekatan Authoritarian
Ø Peranan guru dalam pendekatan authoritarian adalah mewujud dan mengekalkan peraturan bilik
darjah dengan menggunakan strategi-strategi kawalan.
darjah dengan menggunakan strategi-strategi kawalan.
Ø 6 strategi utama :
• Mewujudkan dan menguatkuasakan peraturan
• Mengeluarkan arahan atau suruhan
• Peringatan atau teguran lembut
• Mendiamkan diri, menghampiri murid
• Pemisahan dan pengasingan
ii. Pendekatan Instruksional
Ø Fokus utama bagi guru yang mengamalkan pendekatan instruksional adalah untuk “mewujudkan
pengajaran yang baik dan menarik”.
pengajaran yang baik dan menarik”.
Ø 9 strategi utama yang disarankan:
• Menyediakan bahan dan cara penyampaian yang menarik, sesuai dan wajar
• Menetapkan standard, prosedur dan rutin kelas
• Memberi arahan yang jelas
• Mengekalkan kelancaran pengajaran
• Meningkatkan minat
• Membantu menenpuh kesukaran dan kebuntuan
• Merancang untuk perubahan persekitaran
• Merancang dan mengubahsuai persekitaran
• Menstrukturkan semula situasi.
iii. Pendekatan Buku Resipi
Ø Peranan guru adalah dengan mendapatkan petua-petua atau nasihat daripada guru yang lebih
berpengalaman yang pernah mengalami masalah perlakuan murid yang hampir sama.
berpengalaman yang pernah mengalami masalah perlakuan murid yang hampir sama.
Ø 4 strategi:
• 10 tip pengurusan bilik darjah
• Petua mengawal murid yang nakal
• 4 teknik kawalan perlakuan murid
• 10 rahsia pengurusan disiplin murid.
Tip pengurusan bilik darjah
• Memaklumkan murid mengenai peraturan bilik darjah pada hari pertama
persekolahan.
• Memberi peluang kepada murid membuat peraturan sendiri dan menyenaraikan
konsekuens melanggarnya
• Mempertimbangkan cara memberi ganjaran kepada murid
• Menunaikan janji yang diberikan
• Menyusun atur semula kedudukan murid dari semasa ke semasa bagi mengasingkan
pasangan murid yang bercakap atau menganggu kelas.
• Menegur dengan memanggil nama murid dengan soapan dan tegas
• Menggunakan suara yang lembut tanpa menjerit atau memekik untuk mendapat
perhatian murid.
• Elakkan berdiri di satu-satu tempat
• Aktiviti regangan otot perlu diadakan dari semasa ke semasa.
• Berada di hadapan atau sisi murid yang suka menganggu kelas atau membuat kontak
mata dengan mereka.
KESIMPULAN
Sebagai seorang insan bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya kita dapat membina organisasi di dalam kelas dengan baik. Guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Penting untuk seseorang guru mengetahui latar belakang dan minat pelajar agar pdp yang disampaikan berkesan.
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/izyannadia/pengurusan-bilik-darjah-54607411